[ c l o s e ]


Keju Termahal Di Dunia Diperbuat Dari Susu Keldai (9 Gambar)

Posted by Unknown in


Kini, bagi pencinta makanan mewah serta mempunyai duit poket yang banyak serta tidak tahu di mana untuk membelanjakannya, anda boleh memilih untuk menikmati keju termahal di dunia dari ladang keldai di Serbia.

Dihasilkan di Zasavica iaitu salah satu rizab semulajadi paling terkenal di Serbia, keju yang dikenali sebagai 'pule' oleh penduduk tempatan diperbuat dari susu keldai dengan harga yang boleh mencecah sehingga US$ 1,300 sekilogram.

Proses membuat keju ini memerlukan sebanyak 25 liter susu keldai segar bagi membuat satu kilogram keju, di mana menurut rizab berkenaan adalah harga paling mahal di dunia.

Keju yang berwarna putih serta rapuh digambarkan mempunyai rasa yang hampir sama dengan keju Spanish manchego, tetapi dengan rasa yang lebih mendalam dan kaya dengan lemak.









Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.