[ c l o s e ]


Kisah Pasangan Yang Sempat Berkahwin Untuk 11 Hari (8 Gambar)

Posted by Unknown in


Kisah sedih memang menjadi asam garam dalam kehidupan manusia lebih2 lagi melibatkan pengorbanan. Begitu indahnya cinta. Begitu juga dengan William Kent, 24, bertemu dengan bakal isterinya, Emma ketika masih di bangku sekolah. Selepas bertahun-tahun bersama, William melamar Emma pada Hari Valentine pada tahun 2009 tetapi mereka memutuskan untuk menangguhkan perkahwinan mereka sehingga 2014 atas sebab-sebab kewangan. Keadaan menjadi tegang pada bulan April apabila William mula mendapat sakit di bahagian lengan dan batuk yang sangat teruk. Beliau disahkan mengidap kanser limfoma dan berlarutan selama 6 bulan sebelum ia merebak ke sistem saraf dan otak, yang mengakibatkan William tidak lagi dapat bertutur. Pasangan itu telah memutuskan untuk berkahwin di hospital dan mengatur majlis kecil-kecilan pada 3 Oktober. William, yang pada masa ini tidak lagi boleh bercakap, hanya dengan menekan tangan Emma menyatakan dia terima akan penikahan ini "I do". Malangnya, William meninggal dunia 11 hari selepas perkahwinan bersama cinta hidupnya.







Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.