[ c l o s e ]


Misteri Bongkah Batu Bergerak Sendiri (2 Gambar)

Posted by Unknown in

Kesan Seretan Bongkah Batu

Sejak berkurun dahulu, masyarakat Red Indian yang mendiami Dataran Sierra Nevada, Amerika, takjub dengan kisah misteri bongkah batu bergerak sendiri. Fenomena batu bergerak sendiri itu belalku di Racetrack Playa yang menempatkan Tugu Kebangsaan Death Valley.

Di kawasan seluas 2 kilometer lebar dengan 5 kilometer panjang itu, bongkah-bongkah batu yang seberat 320 kilogram kerap beralih tempat dengan meninggalkan kesan seretan yang panjang, seolah-olah dilakukan oleh manusia ataupun haiwan. Jarak paling jauh pergerakan bongkah-bongkah itu ialah 262 meter.

Selama bertahun-tahun mereka berusaha menyiasat siapakah yang begitu gagah dapat menggerakkan batu-batu itu, namun hasilnya mengecewakan. 


Bongkah Misteri Bukan Faktor Fenomena Alam?

Suatu ketika mereka pernah pengupah pengawal-pengawal untuk mengintai pergerakan bongkah batu tersebut pada waktu malam. Keesokan harinya mereka melihat banyak kesan seretan bongkah batu tersebut di mana-mana di sekitar kawasan berkenaan. Namun, apabila ditanya mengapa bongkah-bongkah batu tersebut bergerak, mereka hanya terpinga-pinga. Padahal pada malam itu mereka tidur disekeliling batu.

Sehingga hari ini, tiada siapa yang mengesahkan bagaimana kejadian batu bergerak itu berlaku. Biarpun pelbagai teori dikeluarkan yang mengaitkan pergerakan batu tersebut dengan pergerakan angin, air batu, saiz batu dan struktur tanah, tiada satupun yang dapat diterima kesahihannya. kebanyakan teori dapat disangkan kewujudannya.

Persoalan yang masih menjadi misteri adalah, jika apa yang disaksikan bukannya fenomena alam, siapakah punya angkara?
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.