[ c l o s e ]


Muzium Patung Lilin Terburuk Yang Bakal Ditutup (9 Gambar)

Posted by Unknown in


Kenalkah anda patung lilin siapa diatas? Ini petunjuknya, salah satunya dikenali sebagai Posh dan disebelahnya digelar Bola Emas di England. Jawapannya ialah, patung lilin diatas adalah David dan Victoria Beckham. Ini dapat menunjukkan ianya adalah Waxworks terburuk dunia. Berkedudukan di tepi pantai bandar Great Yarmouth selama lebih lima puluh tahun, House Louis Tussaud Wax kini dalam proses penutupan. Walaupun hasil lilinnya yang buruk, muzium ini tetap menjadi kunjungan ramai. Mungkin kunjungan mereka diatas sebab2 tertentu. Kami disini juga sangat sukakan patung lilin! Penutupan muzium lilin ini kerana pasangan suami isteri yang mengurus muzium ini, Peter dan Jane Hayes kini sudah mencecah lapan puluhan. Walaupun mereka telah lama menjalankan muzium ini iaitu sejak pertengahan tahun 1950-an lagi, bagi mereka ia seolah-olah bahawa mereka kini perlu berdepan dengan realiti persaraan. The House of Wax akan terkubur bersama mereka nanti, kata pasangan itu. Melihatkan hasil seninya, kebanyakkan patung2 yang dipamerkan hanya dapat dicam berdasarkan pakaian berbanding rupa paras patung itu sendiri.








Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.