[ c l o s e ]


Antara Selebriti Hollywood Yang Pernah Di Penjarakan (6 Gambar)

Posted by Unknown in


Meski memiliki populariti para selebriti tidak luput dari tuntutan hukuman bila mereka melakukan kesalahan. Sebelum masuk penjara, petugas penjara akan melakukan sesi foto terlebih dahulu. Para selebriti yang pernah dipenjara ini pun memiliki foto untuk berkas hukuman mereka:

1. Lindsay Lohan

Bintang 'Mean Girl' itu terbukti berbohong kepada polis berkaitan kemalangan yang dialaminya. Saat itu, Lindsay mengaku dirinya bukan yang memandu Porsche Cayenne yang melanggar pejalan kaki di Pacific Coast Highway. Namun, beberapa saksi mata melihat kalau Lindsay yang berada di tempat duduk pemandu kereta sport itu. Akibatnya, ia harus masuk penjara dan ketika di foto untuk berkas, bintang 26 tahun itu terlihat sudah siap dengan make-up.

2.Jersey Shore

Bintang reality TV 'Jersey Shore' ditangkap pada Julai 2010 lalu kerana perbuatan tidak senonoh yang dilakukannya di Seaside Heights, pantai New Jersey. Meski dibebaskan, namun pemeran Snooki tersebut sempat melakukan aksi bergambar di pejabat polis. Wajah lusuh, maskara luntur dan rambut tidak terurus membuat penampilan Nicole ketika itu terlihat kacau. 

3. Paris Hilton

Kembali ke 2007, Paris Hilton ditangkap kerana melanggar masa percubaan hukuman. Sosialita dan bintang reality TV itu untungnya masih kelihatan cantik untuk foto tahanannya.

4. Chace Crawford
Bintang 'Gossip Girl's', Chace Crawford ditangkap kerana memiliki ganja seberat 2 ons pada Jun 2010 lalu. Dalam foto untuk berkas hukumannya, tampilan aktor tampan tersebut kelihatan kusut, rambut tidak terurus dan jambang yang belum dicukur. 

5. Bruno Mars
Penyanyi lagu 'Lazy Song' itu dijatuhi hukuman selama satu tahun masa percubaan pada 2011 lalu kerana kes pengambilan kokain. Meski tidak sempat dipenjara, namun Bruno Mars sempat digambar untuk berkas pengadilan. 

6. Mischa Barton

Bintang 'The OC' tersebut juga sempat mendapatkan masa hukuman percubaan pada 2007 lalu. Foto untuk berkas hukumannya jauh dari gaya Mischa seperti biasanya. Ia hanya memakai baju dan wajah polos tanpa make-up.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.