[ c l o s e ]


Du Juan Super Model Paling Top Di China (6 Gambar)

Posted by Unknown in

Du Juan adalah supermodel China pertama yang menghiasi majalah Vogue sebanyak 11 kali. Pada awalnya dia mengejar karier sebagai penari balet. Untuk itu dia telah mengikuti latihan di Akademi Shanghai Dance selama sembilan tahun. 


Du memulakan debutnya di dunia modeling pada 2006 setelah menjadi runner up dalam Ford Supermodel. Dia tampil untuk pereka terkemuka seperti Valentino, Jean-Paul Gaultier, Roberto Cavalli dan Chanel.

Pada tahun 2005 dia bergambar untuk majalah Vogue Paris. Dia juga telah muncul untuk iklan Louis Vuitton, Roberto Cavalli, Gap, Swarovski, United Colors of Benetton dan Yves St Laurent. 




Dia menghiasi majalah edisi perdana Vogue China dan sejak itu menjadi penghias dalam halamannya. Dia muncul hampir di setiap edisi sejak dilancarkan pada tahun 2005.

Du menjadi bintang iklan yang sangat terkenal. Dia juga muncul untuk iklan Giorgio Armani, Esprit, Anna Sui, Uniqlo, David Yurman dan Yue Sai dan L'oreal.



Dia juga telah muncul di majalah Allure, Harper Bazaar, Elle, majalah V, iD dan Italian American, edisi Cina, Perancis, Taiwan, Korea serta Inggeris Vogue .

Pada tahun 2010, Du muncul dalam video muzik penyanyi Jacky Cheung "Double Trouble" sebagai pasangan Cheung.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.