Seorang model dari Kanada sanggup menjalani pembedahan mengubah rupa wajahnya hanya kerana dia mahu kelihatan sebagai ‘elf’ iaitu haiwan kerdil yang sering muncul dalam filem Hollywood.
Biasanya orang lain yang menjalani pembedahan plastik atau kosmetik akan menjadikan hidung mereka lebih mancung atau bibir lebih besar tetapi bagi wanita ini Melynda Moon, dia mahu telinga menjadi lebih tajam seperti telinga kucing.
“Saya sering berimaginasi bagaimana perasaan untuk menjadi sesuatu yang lain dari manusia, saya buat keputusan untuk mengubah rupa bentuk saya menjadi lebih luar biasa,” katanya.
Pada Ogos 2011, dia membelanjakan US$400 (RM1300) untuk menjalani pembedahan berkenaan yang amat menyakitkan.
Untuk mendapat telinga impiannya, bahagian atas telinga Melynda terpaksa dikikis, beberapa bahagian dipotong untuk membuat rekabentuk seperti sudut yang berbentuk seperti segitiga.
Akhirnya, bentuk telinga Melynda menyerupai telinga watak Elves dalam filem Lord Of The Rings.
Sesi pembedahan selama dua jam itu bukanlah sesuatu yang mudah, Melynda mengakui dia berasa telinganya bengkak dan sakit dengan rasa seperti terbakar.
Menurut Melynda, jahitan di telinga selepas pembedahan itu kekal selama kira-kira dua minggu untuk telinganya kembali sembuh.
Bagaimanapun, selepas mengalami segala kesakitan itu Melynda berkata ia adalah satu proses yang cukup berbaloi. – MYNEWSHUB.MY
0 comments: