[ c l o s e ]


Misteri Gadis Disumpah Jadi Patung Di Mexico, Cantik Tapi Menyeramkan (7 Gambar)

Posted by Unknown in




LA Pascualita atau Little Pascuala ialah nama manekin berpakaian pengantin di sebuah kedai di bandar Chihuahua, Mexico. La Pascualita telah dipamerkan di kaca depan kedai ini selama 75 tahun dan nampaknya tak ada satupun orang yang berani memindahkan boneka berambut abu-abu ini dari tempatnya. 


La Pascualita bukan manekin biasa. La Pascualita ialah urban legend di bandar Chihuahua. Tapi La Pascualita bukan lagi hal yang aneh bagi warga Chihuahua. Seperti ditulis Oddity Central , boneka ini pertama kali dipamerkan pada 25 Mac 1930, dengan mengenakan gaun pengantin yang indah dan menarik setiap pasang mata yang melihatnya. 

Pada tahun 1930, La Pascualita termasuk boneka manekin dengan kualiti terbaik di bandar itu. Setiap orang yang melewati kedai ini, tidak akan mampu melepaskan pandangannya dari wajah La Pascualita yang cantik, dua bola mata yang besar, serta warna kulitnya yang mempesona.

Orang-orang yang pernah melihat La Pascualita lama-kelamaan tersedar, ternyata wajah boneka ini sangat mirip dengan Pascuala Esparza, pemilik kedai. Pelbagai isu pun berdatangan. Salah satunya, ada yang menyebutkan bahawa La Pascualita merupakan mumia tubuh jenazah puteri Esparza yang telah mati akibat digigit labah-labah beracun. 


Sang gadis meninggal dunia tepat di hari pernikahannya, kemungkinan saat mengenakan gaun pengantin yang kini melekat di tubuh La Pascualita. Esparza berkeras menepis khabar angin ini, namun warga Chihuahua lebih percaya pada khabar angin yang semakin meluas. Nama La Pascualita juga terlanjur melekat pada sang manekin misteri. Cerita-cerita horor seputar boneka La Pascualita juga masih beredar hingga kini, di antaranya boneka dapat hidup dan berganti kedudukan di malam hari, atau matanya yang akan mengikuti anda kemanapun apabila anda berada di dalam kedai. 



"Setiap kali saya berada di dekat Pascualita, tangan saya langsung keluar peluh dingin. Tangan boneka ini sangat nyata, dia bahkan mempunyai garis varises di kakinya. Saya percaya dia manusia sebenar, "ungkap Sonia Burciaga, sang penjaga kedai. 

Ada yang percaya, ada pula yang tidak, salah satunya tapak The Museum of Hoaxes. La Pascualita-menurut laman web ini-hanyalah boneka biasa, kerana mustahil untuk mengawetkan manusia dengan bentuk yang sangat sempurna. Ditambah lagi, kulitnya tetap mulus bak porselen sampai puluhan tahun.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.