[ c l o s e ]


Pasangan L3sbi4n Meraikan Hari Perkahwinan Di Taiwan (5 Gambar)

Posted by Unknown in


Dua perempuan menjadi pasangan pertama yang melangsungkan perkahwinan sesama jenis Buddha di Taiwan. Sebagai sebuah langkah kumpulan hak asasi manusia yang mengharapkan Taiwan menjadi negara Asia pertama yang menghalalkan perkahwinan gay.


Fish Huang dan You Ya-ting yang telah hidup bersama selama tujuh tahun bukan bertukar cincin, melainkan bertukar sumpah dan doa disertai dengan nyanyian dari hampir 300 umat Buddha di sebuah bandar Taoyuan, Taiwan Utara.

Shih Chao-Hwei seorang master Buddha dan profesor universiti menawarkan untuk melakukan upacara perkahwinan selepas pasangan itu menanyakan apakah iman mereka mengutuk homoseksualiti.

Fish Huang mengatakan kepada Taipei Times bulan lalu "Kami tidak hanya melakukannya untuk diri kita sendiri, tetapi juga untuk kaum gay dan lesbian yang lain." Keluarga pasangan awalnya bersetuju untuk menghadiri upacara, namun akhirnya tidak menghadiri upacara untuk mengelakkan perhatian media. Pernikahan gay awam pertama di Taiwan terjadi pada tahun 1996 tapi ini adalah pernikahan Buddhis pertama yang diketahui.

Kumpulan hak gay mendorong Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou membuat undang-undang untuk perkahwinan sesama jenis dan membenarkan pasangan gayuntuk mengadopsi sebelum masa jabatannya berakhir pada tahun 2016



Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.