Tentera Gurkha sebenarnya bukanlah Special Force, namun mereka dikenali dengan reputasi yang sangat menakutkan.
Ada dua suku di Nepal yang sangat dikenali masyarakat dunia, iaitu Sherpa yang terkenal sebagai suku pendaki/pemandu di Himalaya, dan satu lagi Gurkha, yang gemar berperang.
Semasa zaman kolonial British, telah terjadi Perang di Nepal. Inggeris begitu kagum diatas kegigihan mereka.
Gurkha kemudiannya direkrut untuk bekerja dengan East India Company di India dan British Army Gurkha terkenal dengan kemampuan berperangnya yang sangat agresif di medan pertempuran. Tidak takut mati, sangat setia, tahan dalam pelbagai keadaan medan perang dan cuaca, fizikal yang kuat dan bekerja keras.
Gurkha begitu disegani oleh kawan, ditakuti oleh lawan. Mereka menjadi askar upahan (mercenaries), dan akhirnya di bawa masuk ke dalam pasukan British Army yang digaji sama seperti tentera Inggeris sendiri.
Mereka mempunyai unit sendiri dengan nama Brigade of Gurkha dalam angkatan bersenjata Inggeris.
Dibentuk sejak tahun 1815, Pasukan Gurkha telah terlibat dalam pelbagai medan pertempuran bersama Inggeris.
Ketika berkecamuk Perang Dunia I, seramai 100,000 anggota tentera Gurkha dibawa masuk ke dalam Brigade of Gurkha.
Mereka bertempur di dalam perang Perancis, Mesopotamia, Persia, Mesir, Gallipoli, Palestin dan Salonika.
Mereka mendapat dua penghargaan Victoria Crosses. Pada Perang Dunia ke 2, sebanyak 112,000 tentera Gurkha bersama Pasukan Commonwealth berganding bahu dalam perang di Suria, Afrika Utara, Itali, dan di Malaysia serta Singapura. Mereka dianugerahkan 10 Victoria Crosses.
Seiring dengan pengalaman berperang yang banyak, Gurkha menjadi kekuatan yang menakutkan berbanding mana-mana pasukan elit sekalipun.
Semasa berkecamuk perang Malvinas (Falkland War, 1982), dalam satu pertempuran, Inggeris mempropagandakan kepada Argentina bahawa mereka akan menghantar 1 batalion Gurkhanya.
Hanya dengan mendengar khabar angin itu, tentera Argentina lari lintang-pukang meninggalkan pos-pos pertempuran mereka.
Sewaktu Perang Dunia ke 2 di Tunisia (Afrika Utara), pasukan Gurkha yang telah kehabisan peluru, membuang senjata mereka, berlari naik ke atas kereta kebal Jerman di tengah-tengah hujan peluru dan mengelar leher tentera Jerman dengan senjata tradisional mereka, Khukri.
Khukri adalah sejenis pisau yang berbentuk unik, melengkung ke depan. Di reka khas untuk menebas leher musuh dengan sekali libas.
Ada kisah unik mengenai Khukri, sekali Khukri dihunus dari sarungnya, pantang jika tidak 'meminum' darah.
Itulah sebabnya tentera Gurkha ketika mengasah atau membersihkan Khukri, perlu menghiris jari mereka.
Ketika ini bukan hanya Inggeris yang merekrut Gurkha dalam angkatan tenteranya, malah Singapura, India, Malaysia, Brunei, Hongkong (sebelum diserahkan kepada China) menggunakan khidmat Gurkha dalam angkatan bersenjata mereka.
Malah di Brunei, tentera Gurkha berkhidmat sebagai Special Force Sultan Brunei.
0 comments: