[ c l o s e ]


Video Rahsia Magic B3L4H TvBvH David Cooperfield Terbongkar (Video)

Posted by Unknown in

Ini adalah silap mata yang paling ngeri dan paling terkenal di seluruh dunia.


Sukar dipercayai David Cooperfield yang sudah terpotong dua di belah oleh mata gergaji besar masih lagi boleh hidup, dan bergerak-gerak.

Ketika itu semua orang mengatakan beliau mengunakan Jin.

Ditambah pula dengan cerita-cerita tentang keanehan David Copperfield semasa berada di Kuala Lumpur, untuk persembahan magiknya.

Ada yang bercerita, bahawa David memesan beratus atau beribu telur ayam untuk dihantar ke bilik hotelnya.

Kononnya untuk memberi makan jin-jinnya.

Mungkin ramai yang menuduh David membela jin kerana magik yang selalu dilakukannya sangat luar biasa dan di luar fikiran kita.

Namun, seorang ‘magician’ yang melihat dan tahu rahsia ini telah membongkarkan rahsia itu kepada orang awam.

INILAH VIDEO RAHSIA DAVID COOPERFIELD YANG DIBONGKAR!

   

Persembahan itu, akan menggunakan idea yang sama ataupun, mengolah magik itu menjadi persembahan yang mungkin sedikit berbeza tetapi dengan konsep yang sama.

Antara magik yang dilakukan oleh David Copperfield yang dianggap lagenda:

Menghilangkan ‘Statue of Liberty’
Berjalan menembusi Tembok Besar Cina
Menghilangkan sebuah keretapi
Menghilangkan sebuah kapal terbang
David Cooperfield boleh Terbang
Terapung di atas Grand Canyon
Di belah dengan mata gergaji besar
Menurut salah seorang ‘magician’ yang saya kenali, para ‘magician’ yang membuat magik di mana-mana negara, akan membuat ‘research’ dan ‘study’ tentang masyarakat negara itu.

Misalnya di Malaysia, mereka tahu bahawa masyarakat Malaysia seringkali percaya perkara-perkara spiritual, maka mereka akan buat magik yang menunjukkan seolah-olah mereka ini ada membela jin.

Ia tidak lain dan tidak bukan, hanya sekadar nak main-main agar orang takut.

Mungkin juga untuk reputasi.

Itulah juga yang mungkin telah dilakukan oleh David, di mana beliau memesan beratus telur ayam ke biliknya.

Mungkin beliau tahu bahawa pekerja hotel itu akan bercerita kepada rakan-rakannya dan sudah pasti akan tersebar berita itu.

Kemungkinan itu dilakukan untuk menaikkan lagi namanya.

Kepada anda yang masih menyangka bahawa silap mata ini menggunakan makhluk halus, sila ubah sangkaan anda itu kerana silap mata hanyalah illusi dan hiburan, tak lebih daripada itu.

Sumber: Mynewshub
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.