Kematian ternyata tidak memadamkan niat seorang perempuan untuk menikahi lelaki yang dicintainya.Walaupun telah mati, Magali Jaskiewicz, perempuan asal Perancis ini tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya, Jonathan George. Setahun selepas pemergian kekasih, ia pun kini rasmi menyandang status janda Jonathan George.
Dengan sedikit pengetahuan yang dimilikinya, perempuan berusia 32 tahun ini, lalu mencari cara agar pernikahannya boleh dan tetap dilangsungkan. Ia mengetahui bahawa Kitab Undang-undang Hukum Perdata Perancis mengizinkan perkahwinan pelik ini, jika semua keperluan formal perkahwinan sudah dilampirkan lengkap sebelum salah satudari pengantin meninggal, termasuk diantaranya tarikh perkahwinan.
Kepada para pejabat pemerintahan yang mengurus pernikahan, dia menyakinkan bahawa dirinya dan calon suami, Jonathan sudah hidup bersama sejak tahun 2004 dan telah mempunyai akaun bank bersama. Dia juga bahkanmemperlihatkan foto-foto pakaian pengantin yang telah dibeli untuk dipakai pada hari perkahwinannya.
Keinginanannya pun terkabul. Setahun kematian kekasihnya, Magali berdiri sendirian tanpa mempelai lelaki di depan altar sebuah gereja, lengkap dengan menggunakan busana pengantin.
Ia melangsungkan perkahwinan yang dulu tidak sempat terwujud dalam sebuah majlis yang dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga dan teman-teman dekat. Upacara perkahwinan tanpa pengantin lelaki itu berlangsung di DommaryBaroncourt, sebelah timur Perancis.sumber
0 comments: