[ c l o s e ]


Wanita Ini Melakukan Pembedahan Plastik Agar Kelihatan Sama Seperti Anak Perempuannya (4 Gambar)

Posted by Unknown in

Seorang ibu begitu obsesi untuk menjadi seakan-akan dengan anak gadisnya. Padahal usia keduanya berbeza sebanyak 22 tahun!
Untuk mewujudkan keinginannya itu, wanita Inggeris tersebut rela menghabiskan ribuan pounds untuk menjalani pembedahan plastik. Usahanya itu tidak sia-sia. Kini Janet Cunliffe bagaikan saudara kembar kepada putrinya, Jane ...
Janet yang tadinya berambut merah kini telah berambut perang tepat seperti Jane. Janet yang tadinya bertubuh gemuk tak keruan setelah melalui pembedahan dan diet kini berbadan sintal. Padahal usianya sudah 50 tahun. Sedangkan anaknya, Jane berumur 28 tahun!

(Gambar sebelum pembedahan)


Dalam gambar yang dimuat di harian Inggeris, Daily Mail, seperti dipetik News.com.au, Jumaat terlihat bagaimana kedua-dua wanita itu mirip bak anak kembar.
Janet yang menjadi ibu tunggal itu merasa senang dengan penampilan baru dirinya. "Sekarang bukannya seperti ibu dan anak, kami lebih kelihatan seperti kembar," ujar Janet.

(Selepas Pembedahan)


"Pertama kali kami pergi ke bar tempatan, kami menjadi pusat perhatian," tutur Janet. "Lelaki terus-terusan memandang kami berdua dan semalamam orang-orang bertanya apakah kami adik-adik," cerita Janet.
Jane sendiri bangga dengan penampilan baru ibunya. Menurutnya, kini mereka pun jadi semakin dekat. "Dia jauh lebih baik daripada Madonna di usia 50 tahun," puji Jane.

(Gambar dengan anaknya)


Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.