[ c l o s e ]


Gambar Hidup Selebriti Yang Sebenarnya Hanyalah Sebuah Lukisan (6 Gambar)

Posted by Unknown in

Mati hidup balik pun anda susah nak percaya bahawa ini sebenarnya hanyalah sebuah lukisan tangan dan bukannya seni visual mahupun gambar sebenar. Denagn hanya menggunakan pensel dan arang, artis seni ini melukis potret selebriti terkenal yang kelihatan seperti gambar sebenar.


Kelvin Okafor, 27 tahun, hanya menggunakan arang hitam dan pensil grafit untuk melukis wajah Rihanna dan Puteri Diana yang kelihatan hidup.





Setiap gambar mengambil kira-kira 100 jam untuk disiapkan dan yang menariknya, Kelvin melukis berdasarkan ingatan ataupun memori setelah melihat dan mengkaji sesuatu gambar yang akan dihasilkannya.

Kerja seni unik yang telah dilakukan oleh Kelvin kebanyakannya telah memenangi anugerah dan dipamerkan di pameran di galeri-galeri besar.

Kelvin Okafor

Tapi jangan terkejut, setiap orang yang ingin memiliki hasil seni lukisan Kelvin harus membayar sebanyak £10,000 untuk setiap seni halus lukisan yang dihasilkannya.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.