[ c l o s e ]


Guru Yang Memakai Baju Sama Selama 40 Tahun Untuk Majalah Sekolah (2 Gambar)

Posted by Unknown in


Selain dari bersara sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Dale Irby sebenarnya turut bersara dari melakukan sesuatu yang unik dan terkenal dalam majalah tahunan sekolahnya iaitu gambar dengan memakai pakaian yang sama selama 40 tahun berturut-turut sepanjang tempohnya menjadi seorang guru.

Dia kini yang sudah berusia 63 tahun mengatakan bahawa guru-guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada masa itu mempunyai kod etika pakaian yang longgar di mana mereka dibolehkan memakai seluar pendek ketika mengajar. Namun, pada hari mengambil gambar, dia terpaksa memakai pakaian kasual yang turut menjadi pakaian yang menjadikannya terkenal.

"Saya berasa sangat malu apabila mendapati saya memakai pakaian yang sama dalam majalah tahunan sekolah yang pertama dan kedua." katanya.

Kemudian, isterinya, Cathy turut mencabar supaya melakukannya bagi kali ketiga. "Selepas 5 gambar, saya berasa, "Kenapa perlu berhenti?".

Dalam The Dallas Morning News, mereka memaparkan sebuah video koleksi gambar yang menunjukkan seorang guru lelaki yang memakai pakaian yang sama. Apa yang kelihatan berubah hanyalah warna misai yang bertukar menjadi warna kelabu dan cermin mata yang bertukar saiz dari besar kepada yang kecil.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.