[ c l o s e ]


Saintis Temui Tahi Bintang Gergasi Di Antartika (2 Gambar)

Posted by Unknown in

Sekumpulan penyelidik yang melakukan ekspedisi selama 40 hari untuk mencari serpihan tahi bintang dilaporkan telah menemui meteorit terbesar seberat 18 kilogram (kg) di Antartika pada akhir Januari lalu.


Kumpulan penyelidik menyertai ekspedisi selama 40 hari itu bersorak 
kerana teruja dengan penemuan serpihan tahi bintang tersebut.
Ahli geologi dari Universiti Libre de Bruxelles, Vinciane Debaille yang mengetuai kajian itu memberitahu mereka sangat teruja dengan penemuan tersebut.

"Ia adalah meteorit terbesar yang pernah ditemui di Antartika Timur dalam tempoh 25 tahun. Saiznya yang agak besar membolehkan ia dilihat dengan mudah dari jarak 50 kilometer.

Tujuan kami mengkaji batu ini adalah untuk memahami bagaimana bumi terbentuk dan berkembang di dalam sistem suria," jelasnya.

Meteorit ini adalah yang terbesar ditemui di Antartika Timur.

Sehingga kini, kumpulan terdiri daripada lapan penyelidik dari beberapa universiti termasuk Jepun yang melakukan kajian di bawah Projek Samba tersebut sudah menemui 425 serpihan tahi bintang dengan jumlah berat keseluruhan 75 kg.

Tahi bintang gergasi itu kini berada di Jepun untuk melalui proses pencairan khas sebelum dikaji dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, Khamis lalu, International Polar Foundation berpusat di Brussels memaklumkan serpihan tahi bintang itu ialah kondrit biasa (mengandungi bahan silika).
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.