[ c l o s e ]


Zip Kostum Britney Spears Terbuka Sewaktu Konsert (2 Gambar+Video)

Posted by Unknown in


MASALAH pada kostum atau pakaian sewaktu persembahan di pentas bukanlah perkara baru di kalangan selebriti.

Terbaru, penyanyi terkenal Britney Spears mengalami perkara itu sewaktu membuat persembahan konsertnya di Las Vegas.

Zip pada bahagian belakang kostumnya tiba-tiba terbuka sewaktu dia sedang menyanyi dan menari lagu hitnya, ‘Circus’.


Secara tidak langsung, ia mendedahkan sebahagian besar belakang tubuhnya dan Britney yang menyedarinya kelihatan cuba menahannya daripada terjatuh.

Mujurlah penyanyi itu cukup profesional dan meneruskan persembahannya. Dua orang penari latarnya segera membantunya mengenakan zip itu semula.

Apa pun kami tabik dengan ketenangan Britney!

   
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.