[ c l o s e ]


Wanita Ini Guna Rambut Sendiri Untuk Buat Sweater

Posted by Unknown in


Mengenang memori indah boleh melalui pelbagai cara, misalnya wanita di China ini. Xiang Renxian mengait sehelai baju sejuk(sweater) dan topi untuk suami. Istimewanya, ia menggunakan rambutnya sendiri sebagai pengganti benang. 

Xiang telah mengambil 116 ribu helai rambutnya untuk mengait baju sejuk dan topi itu. Itu pun mengambil masa11 tahun untuk menyelesaikan rajutannya tersebut. Idea unik wanita berusia 60 tahun itu yang diilhamkan dari keindahan rambut panjangnya ketika masih muda. "Ketika masih muda aku sudah dikenali dengan rambut panjangku yang indah dan semakin tua aku makin sedar," kata Xiang. "Kini seperti penampilan saya, rambut saya pun semakin hilang kilaunya."


"Aku ingin mengawetkan rambut itu dan mempunyai idea menggunakannya dengan membuat sesuatu untuk suamiku," katanya. "Perlu masa untuk menyempurnakan tekniknya tapi lama-lama jadi biasa. Aku bermula sejak berusia 49 tahun." Meskipun dari rambut namun baju sejuk dan topi itu beratnya 382 gram dan 119 gram. Xiang sendiri enggan mendedahkan bagaimana reaksi suami atas hadiahnya yang unik itu.

Kini ia merancang membuat barang lain dengan teknik sama. "Apapun yang terjadi dengan rambutku nanti, sekarang aku mempunyai kenangan bukti keindahan rambut saya di masa muda sekaligus memori indah bersama suamiku saat itu," tambah Xiang. "Sekarang aku sedang mencari idea selanjutnya."


Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.