Masjid ini adalah sebahagian kota Ferozabad yang dibina oleh Sultan Feroz Shah yang juga menempatkan istana baginda. Selepas kejatuhan Kesultanan Tughlaq ditangan Empayar Mughal, istanakota Feroz Shah terbiar. Pemimpin Empayar Mughal dan penduduk setempat kemudian menjarah batu-batuan kota ini untuk membina bangunan baru.
Masjid Jamek Ferok Shah Kotla juga menjadi mangsa jarahan. Sungguhpun masjid ini kelihatan seperti sudah musnah, ia masih digunakan oleh penduduk Islam Delhi untuk bersolat. Ianya juga merupakan antara tarikan pelancong dan dibuka setiap hari kecuali ketika waktu solat. Setiap kali sebelum waktu solat pekerja masjid akan membentangkan tikar supaya makmum dapat sujud dengan selesa ketika solat.
Siapa kata kita memerlukan masjid cantik dan moden untuk menarik orang ramai solat berjemaah? At least di Delhi, masjid yang kini kelihatan sepering puingpun masih boleh digunakan sebagai tempat beribadat!
0 comments: