Bagi menangani masalah ini projek Monorail Indonesia dimulakan pada tahun 2004. Malangnya projek ini tergendala pada tahun 2008 akibat kegawatan ekonomi. Projek ini hanya dimulakan semula pada Febuari tahun ini kerana ianya perlu bagi memastikan "macet" Jakarta dapat dikurangkan.
Beberapa syarikat tempatan dan luar negara cuba mendapatkan kontrak pembangunan semula Monorel Jakarta yang bernilai RP 7 Trillion (RM 2.27 Billion) ini. Antara syarikat tempatan Indonesia yang cuba mendapatkan projek ini ialah PT Melu Build General Wiweka.

Mereka menghasilkan prototaip di bawah. Monorel rekaan mereka boleh memuatkan 125 orang dalam satu gerabak pada satu-satu masa.
Malang bagi PT Melu Build General Wiweka, pihak berkuasa Jakarta memilih syarikat CNR dari China bagi menghasilkan gerabak monorel. CNR ialah syarikat yang sama yang dipilih oleh KTM untuk menghasilkan gerabak KTM Komuter baru.
Apabila sistem Monorel Jakarta siap sepenuhnya pada tahun 2016, ia diharap dapat membawa 800 000 penumpang sehari dengan menggunakan 200 gerabak monorel.

Amacam? Kami rasakan monorel buatan PT Melu Build General Wiwekanampak macam keretapi mainan!
0 comments: