[ c l o s e ]


Cikgu Di Ipoh Tampar Murid Sampai Pekak.

Posted by Unknown in ,


Apa la cikgu macam ni. Kalau nak mengajar anak murid yang nakal, tidak perlulah sampai mencacatkan. Kesian budak tu dah jadi cacat. Jom baca berita di bawah.


Ipoh: Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya.

Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya.


Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

2 comments:

  1. solat pn buat main . kalau aku jd cikgu tu, aku pijak je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak sekarang kena tampar pon nak kecoh2... dulu2 cikgu aku pukul pukul pakai pembaris kayu besar sampai patah pembaris tu xder pon nak kecoh kalu tak buat salah takkan la cikgu sajer2 nak lempang...

      Delete

.