[ c l o s e ]


Sxxs dalam kotak untuk rancangan tv

Posted by Unknown in



DI BARAT, bukan sesuatu yang luar biasa bagi penerbit rancangan televisyen untuk menerbitkan siri rancangan yang ‘aneh dan luar biasa’.

Terbaru di Britain melalui Channel 4, sebuah rancangan berunsur pengetahuan seks yang dinamakan ‘Sex Box’ bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Hos rancangan itu, Mariella Frostrup,50, berkata, rancangan itu diharap dapat mewujudkan perbincangan mengenai seks secara matang dan bijak di negara itu.

Penonton terlebih dahulu akan menyaksikan tiga pasangan yang terpilih mengadakan hubungan intim itu di dalam sebuah kotak besar kalis bunyi sebelum mereka disoal mengenai maksud ‘seks’ dalam kehidupan mereka.



Pasangan tersebut haruslah menjawab secara telus dan jujur setiap soalan yang bakal diajukan oleh hos nanti.

Hai, ada-ada saja idea pelik manusia di dunia ini! Jangan sampai penerbit rancangan Malaysia pula yang terikut-ikut gaya ‘berterus-terang’ mereka ini dengan alasan mahu lebih terbuka dalam berfikir.

Moden macam mana sekalipun, tak perlulah hal dalam kelambu dicerita habis-habisan.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.