[ c l o s e ]


Empat Orang Pelakon Islam Dikecam Kerana Bergambar 8o637 (8 Gambar)

Posted by Unknown in

1. Golshifteh Farahani
Seorang pelakon Iran yang gambar bogelnya tersebar di dalam majalah 'Madame Le Figaro. Majalah tersebut telah diharamkan penjualan di negara Iran. Selain itu, Farahani juga dikecam semasa lakonan dalam filem "Body of Lies" bersama Leonardo Di Caprio kerana terdapat beberapa adegan Farahani tidak memakai Hijab. Kerana filem itu, Farahani telah dikecam melanggar undang-undang Islam. 



2. Veena Malik
Seorang pelakon yang sebelum ini kurang dikenali dari Pakistan sehingga gambarnya bogel dimuatkan dalam majalah FHM India edisi Disember. Disebabkan gambar tersebut, Veena mengalami masalah keluarga sehingga bapanya tidak menerimanya sebagai anak. Selain itu, Veena juga menyatakan gambar dalam FHM tersebut adalah palsu dan telah menyaman syarikat tersebut. Sementara itu, kerajaan Pakistan menyatakan sekiranya mereka dapat pastikan gambar tersebut benar-benar adalah milik Veena, dia akan dihukum keras dengan serta merta. 



3. Sila Sahin
Seorang pelakon berdarah Turki-Jerman yang kini tinggal di Berlin telah mengejutkan peminat Islamnya selepas gambar dia bergambar bogel dimuat dalam majalah Playboy edisi Jerman. Sila menyatakan dia melakukan semua ini kerana dia ingin kebebasan. Dia tidak ingin lagi dikongkong oleh peraturan ketat di negara Turki. Namun, keluarganya yang begitu konservatif, langsung tidak menyokong mendirian Sila dan terus memutuskan hubungan keluarga antara mereka. 



4. Nadia Boussetta
Seorang pelakon Islam yang berasal dari Tunisia telah memaparkan tubuhnya dalam majalah Tunivision. Sebenarnya gambar tersebut hanya untuk mempromosikan filem terbarunya tetapi pihak kerajaan tidak menyukainya. Mereka mengecam perbuatannya dan ramai lagi peminatnya mengkritiknya dalam Facebook. 


Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.