[ c l o s e ]


Formula Matematik Untuk Cari Juzuk Dalam Al-Quran (Gambar)

Posted by Unknown in


Mesti ramai yang sukar nak cari juzuk dalam al-Quran kan? Kali ni aku nak share cara mudah untuk mencari muka surat juzuk-juzuk di dalam Quran dengan hanya menggunakan formula matematik yang sangat simple. Mungkin korang dah penah bace post pasal nih, tapi apa salahnya share lagi kepada yang blom baca kan?? 

Formulanya: 

1. (Juzuk yang dicari - 1) x 2 = Jawapan 

2. Jawapan tadi ditambah 2 dibelakang (bukan + 2 tapi letakkan je no 2) 


Jom kita cuba!! 


Contoh 1 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 

((5-1) x 2) = 8, letak no 2 selepas 8 

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 

Letakkan no 2 selepas jawapan. 

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? 


Contoh 2 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 

((10-1) x 2) = 18, letak no 2 selepas 18 

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 

Letakkan no 2 selepas jawapan. 

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182 


Contoh 3 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 

((23-1) x 2) = 44, letak no 2 selepas 44 

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 

Letakkan no 2 selepas jawapan. 

Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442 


Selamat beramal! 
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.