[ c l o s e ]


Mesin Penembak Popcorn Yang Diaktifkan Oleh Suara (6 Gambar)

Posted by Unknown in


Sebuah syarikat yang dinamakan Popcorn Indiana telah mencipta sebuah mesin yang dinamakan "The Popinator". Mesin kecil ini akan mendengar bunyi panggilan "POP" yang dikeluarkan oleh seseorang itu dan menganggarkan jarak untuk menembak popcorn ke dalam mulut orang yang memanggilnya. Ia merupakan suatu tindakan yang mudah berdasarkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini.

Sudah tentu, saiz setiap kepingan popcorn adalah berbeza, jadi beberapa tembakan yang dilakukan memerlukan sedikit pergerakan kecil daripada badan si pengguna bagi memastikan popcorn yang ditembak masuk ke dalam mulut.

Walaubagaimana pun, projek ini masih lagi dalam fasa ujian jadi, buat masa ini, tiada butiran mengenai harga atau pembelian yang boleh diperolehi. Berdasarkan video di bawah, alat ini akan menjadi sempurna dalam menghidupkan suasana mesyuarat atau parti syarikat.






p/s : Best jugak benda nih.. tapi kompem berterabur popcorn atas lantai.. hoho
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.