[ c l o s e ]


Pakaian Dalam Wanita Anti-Rxgxl Yang Boleh Mengeluarkan Kuasa Elektrik..WTF (2 Gambar)

Posted by Unknown in

Seramai tiga pelajar kejuruteraan India mengaplikasikan kemahiran mereka dengan mencipta set pakaian dalam wanita anti rogol yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak 3,800 kilovolt (kV) terhadap si penyerang.


Set pakaian dalam berkenaan akan melumpuhkan penyerang sebelum menghantar satu pesanan teks automatik kepada polis atau ahli keluarga mangsa mengenai lokasi serangan.

Wakil jurutera yang membantu membangunkan produk ini, Manisha Mohan berkata, satu set kecil pengesan tekanan diselitkan di beberapa bahagian strategik pakaian dalam wanita, serta mampu mengeluarkan kuasa kejutan elektrik secara automatik sebanyak 82 kali atau lebih sekali gus menyebabkan penyerang pengsan.


"Pakaian dalam wanita ini memiliki sistem komunikasi bergerak global dan berfungsi sebagai pengesan tekanan sebelum mengeluarkan gelombang elektrik kira-kira 3,800 kV serta pesanan kepada keluarga mangsa atau polis.

"Si pemakainya hanya perlu menghidupkan alat pengesan dan ia akan berfungsi secara automatik jika ada individu yang menyentuh bahagian berkenaan," katanya sambil menambah pakaian dalam anti rogol dilengkapi modul sistem penentu kedudukan global dan modem GSM.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.