[ c l o s e ]


Adik Di Kapak Kakak Kerana Melarikan Diri Dari Suami ( 5 Gambar ).

Posted by Unknown in

Seorang gadis berumur 17 tahun berharap untuk mati setelah selamat dari serangan kapak ke atas dirinya oleh kakaknya sendiri. Dia dipencilkan dari keluarga dan dikahwinkan secara paksa pada usia 12 tahun.

Gul Meena berkahwin kepada seorang lelaki berumur 60 tahun dan setiap hari, suaminya memukulnya walaupun Meena sudah menangis memintanya supaya berhenti.

“Keluarga saya akan memukul jika saya mengeluh tentang suami saya” katanya kepada CNN. “Mereka berkata saya adalah milik suami saya dan itulah hidup saya” tambah Meena. 

Pada November tahun lalu Meena berjaya melarikan diri dari suami saya dengan dibantu seorang pemuda Afghanistan.

“Saya telah cuba untuk membunuh diri dengan meminum racun beberapa kali tetapi tidak berhasil. Saya sangat membenci hidup saya dan saya harus melarikan diri”, ujar Meena.




“Saya tahu melarikan diri itu berbahaya, keluarga saya dan saya tahu suami serta keluarganya akan mencari saya, tapi saya tidak pernah terfikir hal ini akan terjadi. Saya fikir saya akan mempunyai masa depan yang cerah.”
Setelah berkahwin selama 5 tahun, Meena melarikan diri ke Jalalabad, Afghanistan. Tetapi dalam beberapa hari kakaknya menemui kekasihya yang membantu Meena, marah lalu terus menetak Meena dengan kapak sebanyak 15 kali .

Kakak Meena melarikan diri dan kembali ke keluarganya setelah berfikir dia dapat membunuh adiknya sendiri. Kakaknya meninggalkan Meena dalam keadaan bergelumang dengan darah di tempat tidurnya serta sebahagian otaknya terkeluar dari kepalanya yang terbelah. 

Meena berutung kerana pakar bedah di Nangarhar Regional Medical Centre menyelamatkan hidupnya walaupun Meena kehilangan banyak darah. Menurut CNN kejadian yang menimpa Meena tidak diakui oleh keluarganya mahupun pemerintah Pakistan. Doktor yang merawatnya membantu untuk membayar kos rawatan Meena selama 2 bulan di hospital sebelum Meena dibawa ke perkampungan wanita di Kabul.




Meena juga berkata: “Saya sudah cuba membunuh diri beberapa kali sejak tiba di perkampungan tetapi mereka tidak akan membiarkan saya. Ketika saya melihat cermin saya selalu meletakkan satu tangan saya ke sisi wajah saya yang buruk. Orang mengatakan bahwa saya tidak boleh berbuat seperti itu, tapi saya sangat malu.”

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.