[ c l o s e ]


Apa Yang Perlu Di Buat Sementara Menanti Si Buah Hati Datang Melamar?

Posted by Unknown in



Ramai si dara ‘goyang kaki’ sementara menunggu si teruna datang masuk meminang atau tidak melakukan perkara yang membawa sebarang manfaat dan membuang masa seperti membaca berkhayal, berhibur siang dan malam, berfoya-foya dan seumpama dengannya. Sepatutnya sementara menanti si teruna masuk meminang, waktu itu harus lah digunakan bagi mempersiapkan diri dengan ilmu rumah tangga untuk menjadi isteri dan ibu.

Persiapan yang penting ialah :

1) Mendalami ilmu khususnya berkenaan kewanitaan, anak-anak, rumahtangga, seksual, hukum-hakam agama dan kemahiran lain yang dapat memanfaatkan hidup selepas bernikah kelak.

2) Menjaga kesihatan dan mencantikkan diri, ramai anak gadis mengadu lambat bernikah kerana menghadapi masalah fizikal tetapi mereka tidak pula menjaga penampilan diri, menguruskan badan sedangkan mereka mempunyai masa yang cukup panjang untuk melakukannya.

3) Memperbanyakkan amalan ibadah dan taqwa sebagai kekuatan jiwa dan rohani sebagai persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan berumahtangga kelak.

Oleh itu, wahai si dara, persiapkanlah dirimu dengan pelbagai amalan dan ilmu alam rumah tangga. Kelak akan membantu dirimu juga setelah melangkah ke alam perkahwinan.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.