[ c l o s e ]


Avril Lavigne, Chad Kroeger kahwin di Perancis

Posted by Unknown in


Tahniah diucapkan kepada penyanyi popular Avril Lavigne dan teman lelakinya yang juga merupakan vokalis kumpulan Nickeback, Chad Kroeger yang telah berkahwin di Perancis Sabtu lalu.

Jurucakap Avril, Mike Heller telah berkongsi berita ini di laman Twitter dan mengatakan Avril dan Chad kelihatan sangat gembira pada majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat itu.

"Hari yang sangat istimewa. Bintang kecilku Avril berkahwin hari ini dan sangat gembira dapat bersama-samanya," kata Mike Heller.

Walaubagaimanapun, Mike tidak memuat naik gambar sekitar majlis tersebut. Dia hanya memberitahu tetamu yang hadir kelihatan teruja dengan majlis perkahwinan berkenaan.

Avril dan Chad telah bertunang pada Ogos 2012 tahun lalu dan Chad mengatakan dia tidak pernah terfikir sama sekali untuk berkahwin dalam hidupnya, namun perkahwinan ini adalah keputusannya sendiri selepas Avril membuat keputusan bersetuju untuk hidup bersamanya.

Avril yang sebelum ini pernah berkahwin ada memberitahu dia ingin membuat tema luar biasa sempena perkahwinannya dengan Chad.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.