[ c l o s e ]


Natasha Hudson tukar nama anak

Posted by Unknown in


Model dan pelakon jelita, Natasha Hudson telah menukar nama puteri keduanya dari Naeema Taqiyyah kepada Naeema Kalila.

Sebelum ini, Natasha dan suaminya Carleed Khaza ingin menamakan anak mereka dengan nama Naeema Taqiyyah kerana ia memberi maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertakwa.

Namun, setelah mengetahui 'Taqiyyah' mempunyai makna yang kurang elok serta melibatkan pengikut ajaran Syiah, dia mengambil keputusan menamakan bayi comelnya itu kepada Naeema Kalila.

"Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah," katanya kepada Malaysian Digest.

Natasha Hudson dan Carleed telah berkahwin pada April 2012 dan merupakan perkahwinan ketiga buat aktres tersebut.

Hasil perkongsian hidupnya dengan suami yang terdahulu, Natasha Hudson telah dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berumur lima tahun.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.