[ c l o s e ]


Datuk Berusia 90 Tahun Kahwin Adik Dan Ibu Mertuanya Sehingga Mempunyai 50 Anak.

Posted by Unknown in

Seorang petani dari Brazil berusia 90 tahun memiliki sekurang-kurangnya 50 anak dari empat wanita yang berbeza termasuk adik ipar dan ibu mertua. Petani itu, Luiz Costa de Oliveira, dikurniakan 17 anak dari perkahwinan pertamanya.

Setelah isteri pertamanya meninggal, dia menikahi Maria Francisca da Silva, 64, dan dikurniakan 17 anak. Tak puas, dia mengahwini adik iparnya, Ozelita Francisca da Silva, 58, dan mempunyai 15 anak.

Oliveira juga berkahwin dengan ibu mertuanya, Francisca Maria da Silva, 89 dan mempunyai seorang anak. "Saya bahkan boleh mempunyai anak lain dan tidak tahu kerana saya selalu suka meniduri wanita," ujar Oliveira, kepada akhbar Diario de Natal.

"Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita," ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negeri Rio Grande do Norte, Brazil.
Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah mempunyai 100 cucu dan 30 cicit.
Oliveira bahkan tidak mengetahui nama-nama mereka.

Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahsia baginya dalam menakluk setiap wanita. "Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik," ujar Maria Francisca da Silva








Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

1 comment:

.