[ c l o s e ]


Nak masuk rumah hantu ini kena berb0gel

Posted by Unknown in

Poster Naked and Scared (Shocktoberfest)

Pennsylvania - Ada cabaran untuk mereka yang berani iaitu ' Naked and Scared Challenge ' . Sesuai namanya , mereka yang menerima cabaran ini harus masuk tarikan rumah hantu tanpa mengenakan pakaian sehelai pun . Ini merupakan sebahagian daripada agenda Shocktoberfest yang diadakan di Pennsylvania, AS .

Menurut laman rasmi Shocktoberfest , Rabu ( 25/9/2013 ) , cabaran ini hanya boleh diikuti mereka berusia di atas 18 tahun. Pilih sendiri ingin ' nude ' ( tanpa busana sama sekali) atau ' prude ' ( mengenakan pakaian dalam).

Cabaran ini diilhamkan oleh acara Naked and Afraid yang ditayangkan di Discovery Channel. Sebelum masuk ke tarikan rumah hantu, ada kawasan untuk melepas pakaian dan mengenakannya kembali di akhir pengembaraan .

Naked and Scared Challenge dibuka tiap hari kecuali ahad , dengan tiket US $ 20. Cabaran seperti ini bukannya tanpa kontroversi. Namun pihak Shocktoberfest punya pembelaan dalam laman mereka.

"( Cabaran ) ini bukan tentang seks. Segala gangguan dan perilaku seksual tidak akan kami toleransi, " kata mereka dalam laman webnya.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.