[ c l o s e ]


ULAR MANDARIN RAT GEMPARKAN PENUMPANG PENERBANGAN QANTAS

Posted by Unknown in


Ular Mandarin Rat Gemparkan Penumpang Penerbangan Qantas - Bagaimana ular boleh berada dalam kapal terbang penumpang?. Itu yang menjadi tanda tanya sehingga kini... Canberra, Australia - seramai 370 penumpang pesawat Qantas Boeing 747 terpaksa bermalam di Sydney selepas penerbangan dibatalkan susulan penemuan seekor ular di dalam pesawat itu.

Qantas Airways dalam satu kenyataan melaporkan, ular berukuran 20 sentimeter spesies Mandarin Rat Snake itu ditemui di kabin penumpang sebelum pesawat terbabit berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.



"Keseluruhan pesawat diperiksa bagi memastikan tiada ular lain terdapat di dalam kabin tersebut," menurut kenyataan AP.

Sementara itu, Jabatan Pertanian memaklumkan, reptilia itu boleh membesar sehingga 1.2 meter dan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.