KELUARGA ALBINO TERBESAR DI DUNIA | Sepasang suami isteri dari India bersama-sama dengan anak-anak mereka sebagai sebuah keluarga ‘albino’ yang terbesar di dunia.Kesemua sepuluh anggota keluarga Rosetauri Pullan, 50, dan isteri Mani, 45, mempunyai warna kulit yang sangat berbeza berbanding warga India lainnya iaitu putih kemerah-merahan serta berambut putih albinos.Setelah bertahun-tahun keluarga ini hidup dalam kemiskinan dan menjadi prasangka dan tohmahan masyarakat, pasanagan Pullans dan 8 anaknya ini kini bersedia untuk dicatatkan di dalam buku Rekod Dunia Guinness.
“Selain warna kulit kami yang berbeza dari orang lainnya , kami juga mengalami masalah penglihatan kerana kami tidak dapat melihat dengan sempurna kerana kerabunan selain tidak boleh berada lama di bawah sinaran matahari , tetapi kami akan cuba meneruskan kehidupan kami yang sebaik mungkin” kata bapa kepada keluarga ini.
Selepas berkahwin pada tahun 1983, pasangan Rosetauri dan Mani berpindah dari Selatan India ke kotaraya Delhi. Selain pernah mengalami kehidupan yang sukar pada masa lampau , mereka berkata perbezaan kelauarga mereka ini adalah merupakan satu ‘kurniaan’. Masyarakat di Delhi ada yang berfikiran terbuka , tetapi ramai yang menyangka bahawa kami ini orang luar”
Keluarga Albino berbangsa India ini kini tinggal di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik di New Delhi , dan ramai yang menyangka bahawa mereka ini bukan berketurunan India sebaliknya ada yang memanggil mereka “Angrez” di dalam bahasa tempatan yang membawa maksud orang Inggeris.
Info : mengikut kajian sekurang-kurangnya terdapat seorang penghidap Albinisme daripada kalangan 17,000 orang di dunia .Tubuh mereka yang berkeadaan sedemikan lazimnya tidak menghasilkan pigmen melanin yang secukupnya , di mana fungsinya yang memberikan warna pada kulit , rambut dan mata selain melindungi kulit dari sinaran matahari.
0 comments: