[ c l o s e ]


(VIDEO) Lelaki Ini Makan Daging Mentah Untuk Sembuh Dari Penyakit

Posted by Unknown in


Pernahkah anda mendengar tentang paleo diet? Diet ini adalah sebuah diet yang mengikuti pola makan manusia gua. Manusia gua adalah manusia yang hidup di zaman prasejarah dan belum mengenal tentang proses memasak makanan. Jadi , diet paleo adalah jenis diet yang memerlukan anda memakan daging mentah setiap kali makan.

Lelaki ini bernama Derek Nance . Berasa dari Kentucky , Amerika Syarikat. Lima tahun yang lalu , Derek mengalami sakit perutnya. Gangguan pencernaan ini mengakibatkan dia mengalami loya dan muntah berterusan tanpa henti setiap selesai makan. Beliau lalu memutuskan untuk mula melakukan diet untuk mengatasi hal ini. Awalnya dia menjadi seorang vegetarian . Namun gagal kerana Derek masih tetap muntah dan sakit.

Setelah membaca buku , Derek melakukan pekara ekstrem lain yaitu paleo diet ini. Beliau mula makan daging mentah tanpa perasa dari haiwan yang dia sembelih sendiri . Dia juga mengambil hampir semua bahagian haiwan yang di potong itu, termasuk organ dan lemaknya . Dia yakin pola makannya ini mampu menyembuh dari sakitnya selama ini.

Ia mengaku ketika ini dia merasa menjadi lebih kuat dan sihat. Pola makan ekstrem -nya ini memang ditentang oleh ayahnya. Sedihnya, pola makan anehnya ini membuat perkahwinannya hancur dan berakhir dengan perceraian.

Pola makan Derek ini sudah didokumentasikan selama beberapa waktu terakhir ini. Sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube pada 2012 memperlihatkan bagaimana Derek merobek kaki anak lembu yang telah disimpan di dalam peti ais dan menghisap keluar sumsumnya.

 
            
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.