[ c l o s e ]


Gadis Terima Hadiah "Baju Duit" Dari Bapa Gula (2 Gambar)

Posted by Unknown in


Bagi seorang gadis di China, kerana inginkan kehidupan yang mewah dan mahukan segala barang yang berjenama, dia sanggup mencari seorang lelaki yang tua, untuk dijadikan ‘sugar daddynya’.

Gadis itu yang dikenali dalam laman sosial Sina Weibo telah menunjukkan hadiah yang diterima dari sugar daddynya sempena hari lahir yang ke 21 tahun.

Dia telah memuat naik gambarnya yang memakai baju duit itu di laman sosial. Namun, atas tindakannya itu, ramai yang telah mengecam gadis itu dengan mengatakan dia sebagai seorang gadis yang sakit jiwa atau terlalu berlagak.

“Daddy telah memberikan hadiah hari jadi saya yang sangat bernilai iaitu baju duit sebanyak 200,000 yuan! Sangat bernilai! Saya sangat terkejut dengan hadiah ini dan barangan jenama Channel, LV dalam almari saya sekarang ini sudah tidak bernilai,” kata gadis itu menerusi laman sosialnya yang dipetik dari People Daily.com.

Ada juga warga internet yang menempelak gadis itu dengan mengatakan dia bodoh kerana terlalu percayakan ‘daddynya’ kerana mengetahui kekasih kepada gadis itu hanya mahukan hubungan seks sahaja.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.