[ c l o s e ]


Hotel Terbesar Di Dunia Binaan Nazi Yang Tak Pernah Digunakan (9 Gambar)

Posted by Unknown in

Dengan jumlah 10 ribu buah bilik, ia adalah calon hotel terbesar di dunia, namun sayangnya blok-blok bangunan hotel ini tidak pernah langsung didiami!


Fakta ringkas:

Hotel yang dikenali dengan nama Prora Hotel ini terletak di perairan pantai sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman dan dibina semasa pemerintahan pihak Nazi. 

Hotel ini mempunyai 10 ribu buah bilik yang dapat memuatkan 20 ribu penghuni dalam satu-satu masa. 

Ia mula dibina pada 1936 dan siap pada 1939 yang menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja. Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini tidak pernah digunakan. 

Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi para pekerja Jerman untuk menyebarkan propaganda Nazi. Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran. 

Namun rancangan itu gagal apabila perang bermula. Pembinaannya terbengkalai akibat perubahan dasar oleh Hitler yang memindahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemunde untuk membina V-Weapon untuk berperang dengan pihak Allied. 

Lagi gambar-gambar menarik:









source: blogapaaja, amuzingplanet
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.