[ c l o s e ]


Warung Starbung Coffee vs Starbucks Coffee Di Thailand (7 Gambar)

Posted by Unknown in

Firma berpangkalan di AS, Starbucks Coffee Company mengemukakan saman terhadap Damrong Maslae kerana menggunakan logo hijau putih untuk mempromosi bisnes Starbung Coffee.


Starbucks menghantar surat agar Damrong, 43, menghentikan penggunaan logo itu tahun lalu, selain memfailkan aduan pelanggaran hak cipta di Mahkamah Harta Intelek Thailand dan injuksi itu dibenarkan hakim.

Bagaimanapun Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Harta Intelek Thailand, Kulanee Issadisai berkata, Damrong mengingkari arahan itu, mendorong Starbucks memfailkan satu lagi aduan menerusi wakil perundangan Tilleke & Gibbins International minggu lalu.

Dalam saman itu, Starbuks menuntut pampasan bernilai 300,000 baht (RM30,000) serta faedah 7.5 peratus setahun daripada Damrong. Starbucks juga menuntut bayaran bulanan sebanyak 30,000 baht (RM3,000) berserta yuran guaman daripada pemilik Starbung itu.

Mahkamah menetapkan 4 November ini sebagai tarikh sebutan kes Sementara itu, Damrong berkata, logo Starbung Coffee diilhamkan daripada imej Islamik memaparkan lelaki Muslim di tengah-tengahnya, manakala logo Starbucks memaparkan imej wanita.


“Saya tidak mahu mengubah logo atau nama gerai saya walau apa pun yang terjadi,” katanya. Kes itu mencetuskan pelbagai maklum balas daripada ribuan pengguna Internet.

Sesetengahnya mempertikai bahawa syraikat gergasi seperti Starbucks yang menjana pendapatan hampir RM42 bilion setahun tidak patut mengheret penjaja jalanan ke mahkamah kerana orang ramai tidak akan keliru untuk membezakan produk kedua-duanya.

Starbung menjual kopi pada harga 25 hingga 40 baht (RM2.53 hingga RM4.06) secawan - tiga kali lebih murah berbanding kopi Starbucks. Buat masa ini, Damrong berkata, isu itu memberi kelebihan kepadanya kerana perniagaannya kian maju. “Saya berharap isu itu berterusan,” katanya.

Dia kini menjual kira-kira 150 cawan kopi setiap hari, meningkat antara 50 hingga 100 cawan berbanding sebelum liputan meluas media mengenai kesnya dengan gergasi kopi dunia itu.





Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.