Setiap daripada kita pasti pernah berangan-angan untuk menjadi jutawan kan?
Tapi pernahkah anda semua terfikir jika secara tiba-tiba ada orang kaya yang mewariskan harta mereka kepada kita dan.. Anda bergelar jutawan!?
Kali ini saya akan membawakan artikel mengenai insan-insan bertuah yang mewarisi harta berjuta-juta secara tiba-tiba dan tidak disangka sumbernya langsung..
Menjadi Jutawan Daripada Pakcik Yang Tidak Pernah Di Temui
Sergey Sudey telah ditinggalkan dengan harta sebanyak 950 juta euro oleh seorang pakcik yang tidak ditemuinya sejak lebih 10 tahun.
Namun, mungkin semasa pertemuan kedua-duanya dulu, pakciknya telah meletakkan kepercayaan kepada dirinya sehinggakan pakciknya yang tinggal di Jerman telah mencatatkan nama Sergey sebagai pewaris hartanya.
Sergey tidak pernah tahu yang dia mewarisi sebarang harta dan meneruskan pengajiannya dalam bidang kewartawanan.
Namun, pada suatu hari, seseorang telah mengetuk pintu rumahnya di Komrat iaitu seorang ejen pakciknya yang telah berjaya mengesan dirinya semata-mata untuk memberitahu khabar gembira tersebut.
Namun, Sergey yang benar-benar terkejut telah bertanya kepada mereka adakah semua itu lawak jenaka.
Dengan mewarisi harta sebanyak itu, Sergey telah menjadi antara orang yang paling kaya di Moldova dimana pendapatan purata penduduk disana hanyalah sekitar 270 eoru setahun.
Mewariskan Harta Kepada 70 Orang Tidak Di Kenali Dari Buku Panduan Telefon!
Luis Carlos de Noronha Cabral da Camara telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan mengagih-agihkan harta setelah kematiannya.
Seramai 70 orang yang tersenarai dalam buku panduan telefon Lisbon telah dihubungi dengan tiba-tiba setelah kematiannya dan mereka diberitahu bahawa mereka telah dijadikan waris kepada hartanya.
70 orang individu itu hanya dipilih secara rawak tanpa ciri-ciri tertentu atau istimewa yang telah dilakukan pemilihannya dihadapan dua orang saksi disebuah pejabat pendaftaran kira-kira 13 tahun sebelum itu.
Mereka yang terpilih sudah tentu terkejut dengan berita tersebut.
Kebiasaannya orang-orang Portugal tidak akan membuat sebarang wasiat. Malahan aristokrat Portugis yang sudah semakin kecil bilangannya.
Jadi, apabila mereka mengetahui yang nama mereka telah dipilih dari sebuah buku panduan telefon, mereka menjadi bimbang yang itu semua adalah satu penipuan.
Tapi mujurlah semuanya benar.
Pelayan Yang Mewarisi Harta Dari Pelanggannya
Pada tahun 1992, Cara wood yang berusia 17 tahun adalah seorang pekerja di Restoran Drin's Colonial di tempat kelahirannya, Chagrin Falls, kira-kira 15 batu dari timur Cleveland.
Malah dia dikatakan seorang pekerja yang baik, sentiasa ceria, peramah dan rajin menolong.
Salah seorang pelanggan mereka direstoran tersebut, Bill Cruxton sangat menyukai Cara Wood sehinggakan dia selalu duduk di bahagian Cara bertugas.
Bill, seorang duda tanpa anak akan ke restoran itu setiap hari untuk makan dan kadangkala bersama-sama teman-temannya.
Oleh kerana sering ke situ, Bill dan Cara telah menjadi kawan baik. Selain menjadi pelayan kepada Bill, Cara juga sering menolong Bill untuk membantunya di rumah dan membantu membelikan barangan keperluan rumah Bill.
Lama-kelamaan, Cara menjadi orang penting dalam hidup Bill sehinggakan Bill telah menulis semula wasiatnya menjadikan Cara sebagai pewaris hartanya yang utama.
Akhirnya Bill meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kegagalan jantung pada bulan November 1992.
Bill meninggalkan harta bernilai setengah juta dolar kepada Cara.
Lelaki Malang Yang Terlepas Peluang Menjadi Jutawan
Hanya kerana takut kepada pihak polis, seorang lelaki yang tidak mempunyai rumah telah melarikan diri apabila pihak polis datang mencarinya.
Kehadiran pihak polis sebenarnya adalah untuk memberitahu berita gembira yang dia telah mewarisi harta bernilai USD$6 juta.
Tomas Martinez yang berusia 67 tahun menyangkakan yang polis itu datang untuk menangkapnya kerana menggunakan dadah dan alkohol.
Lelaki itu hilang tanpa dapat dikesan menyebabkan ahbar-akhbar di Bolivia menyiarkan ceritanya sebagai jutawan yang tidak tahu tentang hartanya sendiri pada tahun 2000.
Harta tersebut sebenarnya diwarisi olehnya daripada bekas isterinya, Ines Gajardo Olivares yang telah mewarisi harta tersebut dari keluarganya.
Namun diberitakan, lelaki tersebut tidak pernah ditemui sehingga ke hari ini.
Sangat malang..
0 comments: