Penyepit baju sememangnya direka khas untuk menyidai baju di jemuran. Namun, bukan bermakna ia hanya sesuai digunakan untuk satu tujuan itu sahaja. Banyak lagi kegunaan penyepit baju yang boleh diaplikasikan sebagai pemudah cara kehidupan seharian kita. Ini kita panggil think outside the box;
1. Snek tidak masuk angin
Ia adalah lebih mudah dan pantas bagi anda untuk mengikat plastik snek anda seperti kerepek, keropok, biskut dan sebagainya lagi berbanding anda mengikatnya menggunakan getah.
2. Roti tahan lama
Ikat plastik roti dengan penyepit untuk mengelakan ia daripada masuk angin atau serangga yang tidak diingini
3. Jari lebih selamat
Pinkan mancis dengan penyepit dan gunakan ia untuk bakar sampah di belakang rumah ataupun semasa nyalakan lilin.
4. Nyah cahaya di bilik tidur
Gunakan penyepit baju untuk tutup kedua-dua bahagian tirai langsir.
5. Asingkan wayar
Kepit wayar dengan aneka penyepit untuk menyenangkan kita kenal wayar HiFi,TV,Astro dan Pemain DVD.
6. Luruskan tanaman kebun anda
Kepit penyepit baju dibahagian batang tanaman dengan kayu yang dicucuk untuk biar ia tumbuh tegak.
7. Atur pakaian dalam almari
Ambil 4 tie anda dan sepit dengan satu hanger.
8. Tanda bahagian penting
Gunakan penyepit baju untuk beri tanda pada mukasurat yang berkaitan. Kalau nak tanda satu bab pun boleh.
sumber: http://pisangbanten.blogspot.com, GoogleRD
0 comments: