[ c l o s e ]


Wanita Jelita Warga Jerman Yang M@ut Di Gunung Kinabalu

Posted by Unknown in


Kita di gempar kan dengan berita sedih apabila seorang pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu untuk mengambil pemandangan indah di gunung tersebut maut akibat terjatuh.


Wanita warga Jerman itu maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.


Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi semalam, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.



Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China itu dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai 'Low Peak' pada ketinggian dianggarkan 30 meter.


Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem, katanya.

Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.