[ c l o s e ]


Apakah Penyebab Yang Membolehkan Corak Misteri Ini Terbentuk Pada Dasar Laut?

Posted by Unknown in


Tahun lalu, seorang jurugambar lautan dalam, Yoji Ookata menemui sesuatu yang tidak pernah disaksikannya selama 50 tahun merekodkan pemandangan dasar laut di Jepun.

Apa yang ditemui adalah sangat memeranjatkan iaitu struktur berbentuk bulatan diperbuat daripada pasir yang cantik, kira-kira 80 kaki di bawah dasar laut di mana ianya diukir dengan penuh teliti seolah-olah seperti crop circle di dasar lautan. 


Ookata, yang berasa takjub dengan penemuan corak bulatan berdiameter 6 meter tersebut, memanggil krew stesyen televisyen NHK TV untuk melakukan dokumentari. Setelah penelitian dibuat, barulah mereka mengetahui bahawa struktur tersebut rupanya dihasilkan oleh seekor ikan penghembus kecil. 

Ikan tersebut bekerja keras siang dan malam menghasilkan corak tersebut dalam usaha untuk menarik perhatian ikan betina supaya bertelur di situ. Telur-telur tersebut akan ditempatkan di bahagian tengah corak tersebut, melindunginya daripada arus lautan. Oleh itu, lebih rumit bentuk corak tersebut, akan lebih tertarik ikan-ikan betina padanya.

Jika corak sebegini dijumpai orang kita, apalah teori-teori konspirasi mengarut yang akan keluar di dada akhbar agaknya. 




Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.