[ c l o s e ]


Isteri Kena Cerai Selepas Cuba Tiru Gaya Kim Kardashian

Posted by Unknown in

Riyadh: Seorang wanita yang cuba meniru gaya Kim Kardashian untuk memikat suaminya - peminat setia pelakon berkenaan - hampa selepas diceraikan.


Wanita berkenaan dari bandar Baha berkata dia mengubah gaya rambutnya malah menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti selebriti Amerika berkenaan.

“Saya tahu dia meminati Kim jadi saya mahu lebih cantik daripadanya.

“Selain mengubah gaya rambut dan menjalani pembedahan plastik, saya juga berjalan seperti Kim.

“Semua itu dengan harapan dia akan lebih tertarik kepada saya, namun sebaliknya dia menjadi meluat dan menceraikan saya dalam satu pertengkaran,” katanya.

Menurutnya, suaminya kini sudah mengahwini seorang wanita lain. -Agensi
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.