[ c l o s e ]


AVN Award Untuk Pelakon Filem Pxrnx Terbaik (4 Gambar)

Posted by Unknown in

Ribuan manusia membanjiri dewan Hard Rock Hotel di Las Vegas untuk meraikan AVN Award (Adult Video News) iaitu anugerah untuk pelakon-pelakon filem porno terbaik beberapa hari lepas lapor media. 


Menurut seorang pelakon lucah wanita yang bertanding dalam kategori anugerah pelakon porno terbaik, Natasha Nice, dia akan letakkan anugerah itu di bilik mandi berhampiran tab mandinya sekiranya memenangi anugerah berprestij tersebut.


Saya menghabiskan banyak masa di tab mandi, terutama dalam babak lakonan saya. Saya suka kebanyakan adegan lesbian dan akan meletakkan anugerah pelakon lucah tersebut di tab mandi itu katanya.


Bagaimanapun, menjelang lewat malam itu, Nice tidak berjaya merangkul anugerah pelakon porno terbaik sebaliknya anugerah tersebut dimenangi oleh seorang lagi pelakon lucah wanita bernama Lily Carter, 22 tahun, yang kurang 3 tahun pengalaman beraksi dalam filem porno berbandingnya.

Anugerah pelakon lucah lelaki terbaik pula dimenangi oleh James Deen, pelakon porno yang pernah dikaitkan bersama Lindsay Lohan.


Anugerah yang dipertandingkan dalam AVN Award pada 19 Januari 2013 itu dikatakan dihadiri oleh pelakon-pelakon lucah dari serata dunia dimana pelakon lucah serta pengarah filem porno masing-masing bersaing untuk merebut penghargaan dalam industri porno tersebut.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.