[ c l o s e ]


Wanita Ini Hidup Tanpa Wang Selama 16 Tahun (2 Gambar+Video)

Posted by Unknown in


Hidup tanpa wang , mungkin ia kedengaran mustahil , tetapi tidak bagi wanita tua ini . Kesaksian Hiedemarie Schwermer , seorang nenek tua yang berusia 69 tahun membuktikan bahawa wang bukanlah segalanya .

Nenek ini juga membuktikan bahawa wang dapat membuat bahagia tapi tidak boleh membeli kebahagiaan . Dan selam 16 Tahun ia telah berjaya menjalani kehidupan bahagianya hidup tanpa wang .

Schwermer bukan lah seorang gelandangan atau tidak berumah , Ia anak dari seorang usahawan yang berjaya . Di saat ia kecil , wang bukanlah suatu masalah baginya .

Namun ketika perang dunia dua di Eropah berlaku , Schwermer dan keluarganya harus rela kehilangan hartanya . Tak hanya itu , Schwermer yang lahir dan membesar di Rusia bersama keluarganya juga diusir dari negerinya itu dan memutuskan hijrah ke Jerman .

Selama berada di Jerman , ayah Schwermer mula kembali berniaga . Ayahnya pun kembali mengulagi kejayaannya , keluarga Schwermer kembali menjadi kaya dan tak lagi merasakan pahitnya hidup .

Meskipun hidup di keluarga yang serba mewah , namun ternyata Schwermer tak merasa kebahagiaan . Schwermer menjelaskan , bahawa kekayaannya membuat ia merasa dipaksa untuk menilai apakah keluarganya miskin atau kaya .

" Kami kaya tapi pada akhirnya tak punya apa - apa , " katanya .

" Kami menjadi kaya lagi dan mati - matian mempertahankannya .

Aku selalu merasa dipaksa untuk menilai , apakah kami kaya atau miskin , " katanya .


Sebelum Schwermer menerapkan gaya hidupnya yang seperti sekarang , Ia sempat bekerja sebagai guru dan terapi kejiwaan dengan gaji lumayan bagus .

Namun , ia merasa tak mendapat kebahagiaan dari pekerjaannya itu , Ia justeru merindukan masa - masa di mana ia hidup susah dan penuh perjuangan . Inilah yang menjadi asas seorang Schwermer taksub untuk mencari cara hidup tanpa menggunakan wang .

Gaya hidup yang tak banyak dilakukan ini , mula dikenali pada 1994 . Pada saat itu Schwermer membentuk sebuah kumpulan pertukaran dengan nama " Give and Take Central " atau pusat memberi dan menerima .

Di kumpulan ini , orang - orang saling menukar perkhidmatan mudah seperti mengasuh bayi atau membersihkan rumah dengan pelbagai kerja dilakukan . Dan Schwermer saat itu mendapati , ia lebih sedikit memerlukan wang .

Schwermer memutuskan untuk menjual rumah dan segala yang ia punya . Ia hanya meninggalkan beberapa barang kecil yang benar - benar diperlukan . Kini selepas gaya hidup tanpa wang ini dikenali oleh orang banyak , Schwermer mula menjadi pembicara dalam misinya dari satu tempat berpindah ke tempat yang lain.

Jom layan video menarik ini

   
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.